Plot Sair Tjerita Siti Akbari

Sultan Hindustan Bahar Oedin murka setelah mamandanya seorang saudagar mati ketika dipenjarakan di Barbari. Oleh sebab Sultan Barbari, Abdul Aidid memiliki bala tentera yang lebih besar, Sultan Hindustan mengambil masa untuk merancang balas dendamnya. Sementara itu, putera Abdul Aidid, Abdul Mulan menikahi sepupunya, Siti Bida Undara. Dua tahun kemudian, selepas Abdul Aidid mangkat, Abdul Mulan pergi berkelana di laut dan meninggalkan permaisurinya di tanah air.

Di negeri Ban yang berdekatan, Abdul Mulan menemui dan mencintai Siti Akbari, puteri Sultan Ban. Seterusnya, mereka pun bernikah, lalu kembali ke Barbari enam bulan kemudian. Biarpun pada mulanya tidak menyenangi isteri baru suaminya, namun Siti Bida Undara akhirnya bersahabat akrab dengan Siti Akbari. Tidak lama kemudian, Sultan Hindustan membalas dendam, menangkap Abdul Mulan dan Siti Bida Undara; apabila Sultan Hindustan cuba menangkap Siti Akbari supaya Siti Bida Undara menerimanya sebagai suami, baginda menemui sebatang mayat dalam kamar Siti Akbari. Sultan Hindustan membawa para tawanannya kembali ke negerinya untuk dipenjarakan.

Tanpa disangka oleh Sultan Hindustan, Siti Akbari yang mengandung itu berpura-pura mati dan melarikan diri. Setelah beberapa bulan, dia mendapat perlindungan daripada Syaikh Khidmatullah yang melatihnya bersilat. Siti Akbari menyerahkan anaknya dalam jagaan Khidmatullah lalu mula berkelana, di mana dia bertemu dengan sekumpulan tujuh lelaki; salah seorang daripada mereka memperkosa dan cuba merogolnya. Setelah membunuh mereka bertujuh, Siti Akbari mengambil pakaian mereka dan memotong rambutnya agar berupa seperti lelaki. Dengan memakai nama Bahara, setelah tiba di Barbam, dia menghalang satu perbalahan antara dua orang perebut takhta dengan membunuh salah seorang lalu menyerahkan kepalanya kepada si lawan. Lawan yang menang, Hamid Lauda, menawarkan agar Bahara menikahi adindanya, Siti Abian, sebagai ganjarah.

Siti Akbari sebagai Bahara meninggalkan negeri itu untuk ke Hindustan dan menyelamatkan suaminya. Dengan bantuan dua orang penasihat yang menderhaka, Siti Akbari dapat mengintip sekitar negeri dan lama-kelamaan menawan negeri itu dengan bala tenteranya, sekaligus membebaskan Abdul Mulan dan Siti Bida Undara. Sementara masih menyamar, Siti Akbari menolak Siti Abian dan menyerahkannya kepada Abdul Mulan, kemudian itu membongkarkan dirinya yang sebenar. Akhirnya, negeri-negeri yang terlibat dibahagikan kepada para watak lelaki utama. [lower-alpha 2]